Friday, April 08, 2011

Cek Google Adsense Yang Pertama

Semalam aku menerima Cek dari Google setelah Google Adsense aku mencapai USD 103.39 (sebab Google akan bayar apabila melebihi USD 100) yakni dari 1/1/2008 sehingga 28/2/2011.

Pencapaian ini agak membanggakan walaupun ia hanya tercapai setelah lebih 3 tahun dalam era Blogging. Walaubagaimanapun aku merasa confident bahawa untuk mencapai USD 100 yang kedua akan lebih cepat sebab trafik Blog aku semakin meningkat dan pada bulan lepas (March) sahaja, Google Adsense dah mencapai USD 22.35. Dan sekiranya menkiut trend sebegini, Insyallah akan mencapai dalam masa 5-6 bulan lagi (dan bukan terpaksa menunggu 3 tahun!).

Tetapi trafik yang meningkat bukan datang secara mudah sebab aku terpaksa mengorbankan masa untuk sentiasa aktif dan update Blog dengan kandungan yang baru serta memberi nafas baru pada format. Aku juga aktif di Forum dan Blog2 yang lain.

Sebagai contoh, Blog "My Gadget" tiba2 mempunyai tarikan yang tinggi apabila ramai pengguna Apple mempunyai masaalah dalam iTunes Error 1013. Solution yg aku postkan dalam Blog tersebut menjadi tarikan ramai.





Tunggu dan lihat bulan2 seterusnya!

No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...