Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Monday, May 02, 2011

Kesan Sosial Media Seperti Twitter - Osama bin Laden Terbunuh (Video)

Berita kematian Osama pada hari ini mendapat perhatian kebanyakan Sosial Media.
Berita tersebar dengan cepat - Twitter, Facebook, Blog dll
Lihat sahaja Twitter Trends “Osama”.

screenshot_02-2011-05-2-12-00.jpg


Saturday, April 16, 2011

Ancaman Laman Media Sosial Kepada Pilihanraya

  • Hari ini bermula Pilihanraya Sarawak setelah hampir seminggu berkempen.
  • Internet dan Mobile Phone telah memberi banyak perubahan kepada beberapa buah negara. Bermula dengan Filipina apabila mereka menggunakan SMS sebagai media perhubungan. Mesir turut “merasa” penangan dari Twitter. Ini diikuti dengan beberapa negara lain di Timur Tengah.
Ada 4 alat Media Sosial (Social Media) yang dapat mengubah keputusan Pilihanraya kali ini:
  1. Twitter - ini sebagai ganti SMS sebab dengan mudah mengikuti perkembangan Tweets yang tertentu
  2. Facebook - Komen dari pengunjung2 boleh memberi ruang berfikir
  3. Blog - Alat yg memberi ruang kepada semua orang untuk menjadi pengganti pemberita akhbar
  4. Youtube - Alat yg paling berkuasa sebab video menceritakan segala2 nya
Surat Khabar, Radio dan Televisyen bukan lagi menjadi alat utama pemberi maklumat di zaman Alam Maya ini.

Saturday, March 19, 2011

Twitter, Facebook dan Blog - Penghubung Ilmu Pengetahuan

Guna Social Networking (Twitter, Facebook dan Blog) Bagi Menyampaikan Maklumat


  • Apa guna ilmu jika ia tidak disampaikan? Apa guna ilmu jika tiada siapa yang bermanafaat dengan nya? Apa guna ilmu jika hanya orang tertentu sahaja yang dapat mendengar? Apa guna ilmu jika semua itu di simpan dalam otak kita dan tidak di gunakan sebaik-baiknya selepas kita tiada lagi di dunia ini?
  • Itu lah yang aku fikirkan selama ini... Dan aku ingin mengubah kan segalanya. Biarlah pengalaman didalam kehidupan dan pekerjaan ku dapat di kongsi bersama dan di munafaat kan oleh sesiapa yang berkenaan.
  • Aku pasti dalam setiap kehidupan seseorang, banyak pengalaman dan liku hidup mereka boleh di jadikan panduan. Bukan kah begitu Allah menjadi kan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini?
  • 20-30 tahun dahulu di waktu Internet tidak wujud, adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita mendapatkan maklumat tetapi di zaman ini semua nya telah bertukar.
  • Apatah lagi apabila Social Networking seperti Facebook, Twitter, Blog dll menjadi satu alat yang begitu penting dalam menyibarkan berita dan ilmu pengetahuan.
  • Aku bertekad untuk menggunakan kesemua teknologi Sosial Media ini untuk kebaikan bersama.
  • Blog “Antara Alam Maya” merupakan tempat untuk bertemu dengan komuniti siber atau yang di gelar “Netizen”.
  • Dan kebanyakan “Netizen” ini adalah dari Generasi X dan Y. Aku tidak pasti samada Generasi “Baby Boomer” melihat Internet ini sebagai alat yang berguna atau menyusahkan mereka..

Tuesday, March 08, 2011

5 SEBAB - Kenapa Aku "Deactivate" Akaun Facebook

Aku terpaksa mengaku yang sememang nya aku “ketagihan” dalam melayari halaman Facebook. Aku rasa sudah hampir lebih 2 tahun aku membuka Akaun ini dan ia sudah menjadi satu kemestian dalam aktiviti seharian untuk melayari laman Facebook. Kini sudah tiba masa untuk membuat keputusan untuk “Deactivate” Facebook selama2 nya. Walaupun pernah “deactivate” berkali2 dahulu namun aku tetap kembali “activate” nya semula.



Berikut adalah 5 sebab mengapa aku perlu menutup Akaun Facebook:-
  1. Ketagihan untuk melayari Facebook setiap hari kadang kala boleh menyebabkan produktiviti menurun. Apa tidak nya sekiranya kita masih boleh melayari nya dengan menggunakan iPhone.
  2. Kurang berinteraksi dalam alam sebenar kerana keasyikan dalam alam maya.
  3. Menceritakan perihal peribadi dalam Facebook boleh menyebabkan hilang nya kredibiliti kita secara profesional.
  4. Membazir masa membaca komen, jawapan balas, foto dan sebagainya. Kadangkala ini berlaku ketika kita bersama keluarga dalam cuti, waktu berjalan2, waktu makan dan lain lain. Kita perlu meluangkan masa bersama keluarga.
  5. Aku telah membuka Akaun Twitter di mana aku rasakan ia lebih memberi bermanafaat dalam mendapatkan maklumat terkini dan tip2 yang berguna. Twitter adalah sumber maklumat yang amat berbeza berbanding dengan Facebook. Ini akan di ceritakan kemudian.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...