Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Monday, May 02, 2011

Kesan Sosial Media Seperti Twitter - Osama bin Laden Terbunuh (Video)

Berita kematian Osama pada hari ini mendapat perhatian kebanyakan Sosial Media.
Berita tersebar dengan cepat - Twitter, Facebook, Blog dll
Lihat sahaja Twitter Trends “Osama”.

screenshot_02-2011-05-2-12-00.jpg


Saturday, April 16, 2011

Ancaman Laman Media Sosial Kepada Pilihanraya

  • Hari ini bermula Pilihanraya Sarawak setelah hampir seminggu berkempen.
  • Internet dan Mobile Phone telah memberi banyak perubahan kepada beberapa buah negara. Bermula dengan Filipina apabila mereka menggunakan SMS sebagai media perhubungan. Mesir turut “merasa” penangan dari Twitter. Ini diikuti dengan beberapa negara lain di Timur Tengah.
Ada 4 alat Media Sosial (Social Media) yang dapat mengubah keputusan Pilihanraya kali ini:
  1. Twitter - ini sebagai ganti SMS sebab dengan mudah mengikuti perkembangan Tweets yang tertentu
  2. Facebook - Komen dari pengunjung2 boleh memberi ruang berfikir
  3. Blog - Alat yg memberi ruang kepada semua orang untuk menjadi pengganti pemberita akhbar
  4. Youtube - Alat yg paling berkuasa sebab video menceritakan segala2 nya
Surat Khabar, Radio dan Televisyen bukan lagi menjadi alat utama pemberi maklumat di zaman Alam Maya ini.

Saturday, March 19, 2011

Twitter, Facebook dan Blog - Penghubung Ilmu Pengetahuan

Guna Social Networking (Twitter, Facebook dan Blog) Bagi Menyampaikan Maklumat


  • Apa guna ilmu jika ia tidak disampaikan? Apa guna ilmu jika tiada siapa yang bermanafaat dengan nya? Apa guna ilmu jika hanya orang tertentu sahaja yang dapat mendengar? Apa guna ilmu jika semua itu di simpan dalam otak kita dan tidak di gunakan sebaik-baiknya selepas kita tiada lagi di dunia ini?
  • Itu lah yang aku fikirkan selama ini... Dan aku ingin mengubah kan segalanya. Biarlah pengalaman didalam kehidupan dan pekerjaan ku dapat di kongsi bersama dan di munafaat kan oleh sesiapa yang berkenaan.
  • Aku pasti dalam setiap kehidupan seseorang, banyak pengalaman dan liku hidup mereka boleh di jadikan panduan. Bukan kah begitu Allah menjadi kan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini?
  • 20-30 tahun dahulu di waktu Internet tidak wujud, adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita mendapatkan maklumat tetapi di zaman ini semua nya telah bertukar.
  • Apatah lagi apabila Social Networking seperti Facebook, Twitter, Blog dll menjadi satu alat yang begitu penting dalam menyibarkan berita dan ilmu pengetahuan.
  • Aku bertekad untuk menggunakan kesemua teknologi Sosial Media ini untuk kebaikan bersama.
  • Blog “Antara Alam Maya” merupakan tempat untuk bertemu dengan komuniti siber atau yang di gelar “Netizen”.
  • Dan kebanyakan “Netizen” ini adalah dari Generasi X dan Y. Aku tidak pasti samada Generasi “Baby Boomer” melihat Internet ini sebagai alat yang berguna atau menyusahkan mereka..

Monday, March 14, 2011

5 Topik Trending Twitter Yg Ku Minati

Terdapat beberapa Topik yang hangat yang ku ikuti untuk mendapatkan perkembangan terkini.

(1) #Jailbreak - Untuk mendapatkan perkembangan terkini Jailbreak iOS 4.3



(2) #allengland - Semalam Dato' Lee Chong Wei bertemu dengan Lin Dan dalam perlawanan akhir All England. Dato LCW menang 21-17 dan 21-17 dalam straight set!



(3) #tsunami - Perkembangan malapetaka gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun.



(4) #untethered - Solution yang ada sekarang adalah dari Sn0wbreeze tetapi masih lagi tethered.



(5) #kltu - Cara mudah untuk mengetahui jalan raya mana yang selalu sesak!


- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Saturday, March 05, 2011

Akaun Twitter - EdorasLYN

Aku juga tidak mahu ketinggalan dalam Alam Maya - maka aku pun membuka Akaun Twitter. Sepatutnya Akau ini bernama "Edoras" tetapi oleh kerana ada orang lain yg sudah menggunakan nama tersebut maka aku gunakan "EdorasLYN" dimana "LYN" bermaksud "Low Yat Net". Di waktu tersebut memang aku dah lama berforum dalam Low yat Net Forum.

Jika dilihat sekarang, nisbah antara Following: Follower ia adalah lebih kurang 1.09. Aku bukan jenis yang suka "Add" Following untuk mendapat ramai "Followers" sebab nanti ramai yang akan keluar selepas itu. Biarlah sedikit tetapi mereka adalah yang "loyal" atau "Kawan" tetap ku.


12-2011-03-5-09-22.jpg



- Posted using BlogPress from my iPhone 4
57354-2011-03-5-09-22.jpg

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...