Showing posts with label iPad. Show all posts
Showing posts with label iPad. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Kenapa Aku Minat Semula Menggunakan iPad

  • Siapa yang pada mula nya tergila-gila untuk membeli iPad akan merasakan kebosanan atau semakin kurang menggunakan nya selepas beberapa bulan.
  • Aku yang pada mula nya begitu bersungguh-sungguh menggunakan iPad dengan berbagai cara masih juga tidak dapat bertahan.
  • Tapi semenjak aku menggunakan Twitter, aku terasa seolah-olah "information overload" dan tidak sempat untuk membaca kesemua Tweets - lebih2 lagi apabila Tweet tersebut mempunyai URL.
  • Tetapi aku rasakan ada satu aplikasi "penyelamat" yakni "Flipboard". Flipboard ialah Digital Newspaper era baru.
  • Oleh kerana Followers boleh dikategorikan, maka Kategori tersebut boleh di jadikan "Digital Newspaper". Sila lihat foto2 di bawah...











  • Ini menjadikan penggunaan iPad mendapat "nafas baru".
  • Ia memudahkan diriku untuk membaca Tweets seperti sebuah akhbar. Apatah lagi apabila Tweets tersebut mempunyai link URL yang mempunyai maklumat yang menarik.

Tuesday, March 08, 2011

5 SEBAB - Kenapa Aku Minat Membeli Produk2 Apple

Sejak 3-4 tahun lepas, aku telah mula menjinakkan diri kepada produk Apple. Hendak di katakan rumah ku penuh dengan gadget2 dari Apple. Oleh itu baik aku mulakan Blog ini dengan iPhone. Aku mula membeli iPhone apabila mereka melancarkan iPhone 3G (aku tidak beli iPhone 2G), kemudian 3GS dan terkini aku memiliki iPhone 4. Mengapa iPhone iPhone 4?

  1. Kualiti produk yang baik. Skrin yang besar dan cantik, body yang tegap dan sesuai untuk di pegang. Walaupun ia agak besar dari phone2 yang ada di pasaran namun ini di sebabkan Apple mahu menjadikan skrin yang besar sebagai tarikan. Tidak perlu kepada fizikal keyboard.

  2. Boleh video call dengan Facetime.

  3. Apabila iPhone di Jailbreak, ia membuka ruang untuk membuat “tweaking” pada sistem. Boleh meletak kan theme, utility dan aplikasi lain yang lebih menarik.Lebih2 lagi apabila ia memboleh kan kita mendapat aplikasi “percuma”... ;-)

  4. Browsing experience yang jauh lebih baik dari phone2 yang lain. Aku pernah menggunakan banyak jenis phone dan aku rasakan browsing dengan iPhone adalah lebih baik dan mudah. Ditambah dengan aplikasi lain2 seperti Facebook, Foursquare, Gowala, Twitter dan berbagai2 lagi..

  5. Ia mudah untuk berinteraksi dengan Apple produk yang lain seperti Macbook, Apple TV, iPod Touch, iPad dll.

Saturday, July 10, 2010

iPad - Segmen Gizmo TV9 (Nasi Lemak Kopi O)

Segmen Gizmo mengenai iPad pagi ini di Rancangan Nasi Lemak Kopi O.
Segmen ini telah di temuduga pada 3 minggu yang lepas di Ofis. TV9 berminat untuk mendapatkan seseorang yang penggemar gadget dan nama saya telah di cadangkan oleh seorang kawan FB.

Penggambaran ini melebihi sejam dan rakaman hampir mencecah 30 minit tetapi selepas disunting, ia hanyalah hampir 6 minit sahaja.

Sunday, July 04, 2010

Kegunaan Apple Tablet iPad

Apabila Apple melancarkan iPad pada bulan April ramai yang begitu sangsi samada ia boleh berjaya dalam pasaran. Ternyata selepas 28 hari dilancarkan, jualan iPad telah mencecah 1 juta.




Jualan nya hangat dipasaran sehinggakan begitu susah hendak mendapatkannya. Sudah 2 bulan dipasaran tetapi masih lagi belum dijual di Malaysia atau pun Singapura. Walaupun begitu, ramai peminat iPad sanggup membeli dengan harga yang mahal. Bagi diri saya, amat bertuah mendapatkanya semasa berada di Taiwan ketika menghadiri satu persidangan antarabangsa.

Harganya tentulah mahal jika dibandingkan sekiranya dibeli dari USA. Tetapi oleh kerana ingin memiliki sesuatu yang terbaru dari Apple (menjadi "early adopter") sudah tentu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal (lebih RM 1000). Tetapi selepas memilikinya selepas 2 bulan, memang terasa amat puas sebab ramai lagi peminat diMalaysia yang belum dapat memilikinya sehingga kini. Mungkin akhir Julai, mungkin Ogos atau mungkin juga Sept. Kesemua Apple Reseller di Kuala Lumpur tidak memberi tarikh yang tepat.

Apple iPad dijual dalam beberapa model yakni:
1- Versi WiFi sahaja (16GB, 32GB dan 64GB)
2- Versi WiFi+3G (16GB, 32GB dan 64 GB)

Saya hanya membeli 32GB versi WiFi sahaja. Tetapi mengapa tidak membeli model WiFi+3G? Oleh kerana sudah ada iPhone 3GS yang mempunyai perkhidmatan data 3G, maka kenapa perlu melanggani satu lagi perkhidmatan 3G?

Bagaimanapun tidak semudah gitu hendak akses Internet menggunakan iPad dan iPhone 3GS disebabkan Apple tidak membenarkan "Internet Tethering" atau menjadikan iPhone sebagai modem. Cara yang saya gunakan sekarang ialah dengan terpaksa Jailbreak iPhone 3GS dan membeli aplikasi MyWi. Cara terperinci bagaimana ia digunakan akan di ceritakan kemudian.


Adakah iPad ini sesuai untuk semua orang? Bolehkah iPad menggantikan komputer? Apakah kegunaan sebenar iPad yang menyebabkan ramai gilakannya?

Pada pendapat saya, jikalau sesebuah negara itu mempunyai rakyat yang suka membaca, maka iPad akan mendapat tempat. Lihat bagaimana USA yang menggunakan Kindle sebagai alat eBook. Ini ditambah dengan kadar broadband akses yang membuatkan rakyat Amerika suka dan bergantung pada Internet untuk mencapai maklumat.

Oleh itu, tanya diri kita sendiri samada kita adalah orang yang suka membaca dan menggunakan Internet? Jika jawapan nya ialah "ya", maka iPad mungkin gadget yang sesuai untuk anda.

- Posted using BlogPress from my iPad

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...