Ramai yang tertanya2 kenapa aku perlu delete kawan2 yang berada dalam list padahal pada satu masa aku juga yang “send invite”.
Ada banyak sebab…diantara nya…
- Mereka sudah lama tidak aktif dan berkemungkinan besar dah tak meminati Facebook
- Mereka sudah membuka akaun Facebook yang lain dan membiarkan sahaja akaun asal
- Mereka hanya asyik aktif di wall mereka sendiri tapi tidak pernah nak menjenguk atau komen di wall kawan2 yang lain
- Mereka tidak membalas komen kawan2
Do I miss them later? Aku rasa tidak... dan mereka juga tidak akan merindui diriku.
Apa susah, kalau benar2 mereka masih nak berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain, mereka dah tentu akan mencari dan send invite semula.
Do you have any other reasons to delete your FB friends?