Saturday, December 24, 2011

Menjana Duit dengan Google Adsense

  • Aku mula berjinak dengan Google Adsense semenjak Dec. 2007.
  • Pada bulan Jan. 2008, ia meningkat dari $0.02 (bulan Dis. 2007) kepada $9.19(Jan. 2008)
  • Selalunya Google akan menghantar Cek jika kita telah mengumpul lebih dari $100.
  • Dan Cek pertama yang aku terima dari Google ialah pada bulan March. 2011 yakni berjumlah $103.39 (setelah hampir lebih 3 tahun berkecimpung dalam alam Blogging).
  • Walaubagaimana pun, aku mula kembali aktif dalam Blog pada tahun 2011 dan kali ke-2 aku menerima Cek (berjumlah $105.85) ialah pada bulan Ogos 2011. Ini bermakna jika aku memainkan peranan aktif dalam mengemas kinikan Blog maka dalam masa 5 bulan sahaja aku dapat Cek baru dari Google Adsense.
  • Aku memerhatikan sekiranya aku kerap mengemas kini Blog, maka setiap bulan Blog-blog tersebut dapat menjana sebanyak $20-$30 sebulan.
  • Hari ini aku baru terima notis dari Google yg mereka telah menghantar Cek ke-3 berjumlah $122.53.
  • Ini bermakna hanya dalam masa 4 bulan ia sudah mencecah lebih dari $100 (Ogos-Nov.).

No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...