Sunday, July 04, 2010

Kegunaan Apple Tablet iPad

Apabila Apple melancarkan iPad pada bulan April ramai yang begitu sangsi samada ia boleh berjaya dalam pasaran. Ternyata selepas 28 hari dilancarkan, jualan iPad telah mencecah 1 juta.




Jualan nya hangat dipasaran sehinggakan begitu susah hendak mendapatkannya. Sudah 2 bulan dipasaran tetapi masih lagi belum dijual di Malaysia atau pun Singapura. Walaupun begitu, ramai peminat iPad sanggup membeli dengan harga yang mahal. Bagi diri saya, amat bertuah mendapatkanya semasa berada di Taiwan ketika menghadiri satu persidangan antarabangsa.

Harganya tentulah mahal jika dibandingkan sekiranya dibeli dari USA. Tetapi oleh kerana ingin memiliki sesuatu yang terbaru dari Apple (menjadi "early adopter") sudah tentu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal (lebih RM 1000). Tetapi selepas memilikinya selepas 2 bulan, memang terasa amat puas sebab ramai lagi peminat diMalaysia yang belum dapat memilikinya sehingga kini. Mungkin akhir Julai, mungkin Ogos atau mungkin juga Sept. Kesemua Apple Reseller di Kuala Lumpur tidak memberi tarikh yang tepat.

Apple iPad dijual dalam beberapa model yakni:
1- Versi WiFi sahaja (16GB, 32GB dan 64GB)
2- Versi WiFi+3G (16GB, 32GB dan 64 GB)

Saya hanya membeli 32GB versi WiFi sahaja. Tetapi mengapa tidak membeli model WiFi+3G? Oleh kerana sudah ada iPhone 3GS yang mempunyai perkhidmatan data 3G, maka kenapa perlu melanggani satu lagi perkhidmatan 3G?

Bagaimanapun tidak semudah gitu hendak akses Internet menggunakan iPad dan iPhone 3GS disebabkan Apple tidak membenarkan "Internet Tethering" atau menjadikan iPhone sebagai modem. Cara yang saya gunakan sekarang ialah dengan terpaksa Jailbreak iPhone 3GS dan membeli aplikasi MyWi. Cara terperinci bagaimana ia digunakan akan di ceritakan kemudian.


Adakah iPad ini sesuai untuk semua orang? Bolehkah iPad menggantikan komputer? Apakah kegunaan sebenar iPad yang menyebabkan ramai gilakannya?

Pada pendapat saya, jikalau sesebuah negara itu mempunyai rakyat yang suka membaca, maka iPad akan mendapat tempat. Lihat bagaimana USA yang menggunakan Kindle sebagai alat eBook. Ini ditambah dengan kadar broadband akses yang membuatkan rakyat Amerika suka dan bergantung pada Internet untuk mencapai maklumat.

Oleh itu, tanya diri kita sendiri samada kita adalah orang yang suka membaca dan menggunakan Internet? Jika jawapan nya ialah "ya", maka iPad mungkin gadget yang sesuai untuk anda.

- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...