Sunday, July 04, 2010

Dari Era Analog ke Era Digital

Sebelum menggunakan produk Apple, telah banyak gadget2 yang telah saya gunakan samada dalam bentuk PDA atau pun handphone. Pada suatu ketika dahulu, handphone dan PDA adalah dua alat (device) yang berbeza. Saya memliki handphone dari Nokia atau Ericsson dan PDA samada dari HP ataupun Palm.

Gambar atas: HP Palmtop

Akses ke Internet di waktu dahulu adalah amat berbeza kerana masih menggunakan modem. Sebagai contoh, akses menggunakan HP Palmtop ialah dengan menggunakan Wireless Modem Motorola Datatac. Seepas itu menggunakan mobile phone sebagai modem (menggunakan "circuit switched data") dan disambungkan samada dengan menggunakan kabel atau Infrared. Kelajuan hanya 300bps hingga 1.2 kbps.


Gambar atas: iPod 20GB



Gambar atas: Palm V

Gambar atas: Sony Clie UX-50

Palm V atau Sony UX-50 hanyalah berfungsi sebagai PDA dan mereka memerlukan mobile phone untuk akses ke Internet. Menggunakan kabel atau Infrared adalah sesuatu yang tidak selesa dan mudah sehinggalah teknologi Bluetooth digunakan. Tetapi pengalaman menggunakan Bluetooth juga tidak lah semudah yang dijangka.

Apabila semakin banyak Windows CE device telah dikeluarkan, maka saya tidak lagi menggunakan Palm tetapi sebaliknya menggunakan phone seperti HTC atau Dopod.

Apabila saya memulai memiliki iPod 20GB generasi ketiga, saya hanya menggunakan nya sebagai alat mp3.
(akan bersambung)

No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...