Sunday, July 11, 2010

Di antara Facebook dan Twitter..

Di antara Facebook dan Twitter, yang mana satukah pilihan anda?

Memang tidak dinafikan ramai golongan remaja amat minat dengan Facebook.
Pada suatu ketika dahulu golongan ini meminati dan tergila-gilakan dengan MySpace tapi sekarang masa mereka asyik dihabiskan di Facebook.

Saya sendiri memang meminati Facebook dan sudah menggunakannya semenjak hampir 2 tahun lebih. Pada suatu ketika kawan dalam Friend's list mencecah lebih 800 orang.

Status Bar - Twitter menggunakan kekuatan status bar untuk menyampaikan maklumat. Sesiapa sahaja boleh ikut atau "Follow" Twitter seseorang. Apabila kita menjadi "Follower", maka kita akan mudah mendapat maklumat dari nya sebab Twitter menggunakan kaedah "filtering" dengan baik.

Berbeza dengan status bar Facebook yang lebih bertemakan emosi seseorang. Oleh sebab itu FB lebih digemari oleh seseorang yang suka menceritakan keadaan semasa dan juga perasaan mereka.

Foto - Walaupun Twitter mempunyai keupayaan untuk post foto, tetapi itu hanya secara selamba. Foto FB mempunyai banyak kelebihan seperti membuat Album, "tagging" nama dan juga ruang untuk meletakkan komen.

Komen - Ruang meletak komen dalam FB inilah yang membuat FB begitu menarik dan ia ditambahkan dengan "alert notification" kepada empunya FB. Inilah yang menyebabkan empunya FB sentiasa ingin melihat Wall masing2 setiap hari malahan hampir beberapa kali dalam masa sejam.

Aplikasi - FB mempunyai banyak aplikasi yang kadangkala boleh melalaikan seperti Farmville dan Mafia. Farmville memerlukan seseorang itu sentiasa menjaga kebun dan binatang jagaannya setiap hari jika tak mahu tanaman nya musnah atau binatangnya lari atau mati.

Setelah lebih 2 tahun menggunakan FB, maka saya cuba untuk mengurangkan penggunaanya dengan membuang beberapa orang dari senarai "kawan" sehinggalah menjadi kurang dari 80 orang. Sehingga lah 3 minggu yg lalu, saya terus "deactivate" Akaun FB. "Deactivation" tidak membuang terus Akaun sebab data dan foto2 masih lagi tersimpan sehingga lah Akaun itu di "Activate" semula.

Kini saya hanya menggunakan Twitter untuk mendapatkan maklumat "iPad" dan "iPhone". Ia lebih baik dari rss sebab boleh mendapat maklumat secara "live" setiap minit.

(akan bersambung...)

- Posted using BlogPress from my iPhone


No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...