Tuesday, March 08, 2011

5 SEBAB - Kenapa Aku "Deactivate" Akaun Facebook

Aku terpaksa mengaku yang sememang nya aku “ketagihan” dalam melayari halaman Facebook. Aku rasa sudah hampir lebih 2 tahun aku membuka Akaun ini dan ia sudah menjadi satu kemestian dalam aktiviti seharian untuk melayari laman Facebook. Kini sudah tiba masa untuk membuat keputusan untuk “Deactivate” Facebook selama2 nya. Walaupun pernah “deactivate” berkali2 dahulu namun aku tetap kembali “activate” nya semula.



Berikut adalah 5 sebab mengapa aku perlu menutup Akaun Facebook:-
  1. Ketagihan untuk melayari Facebook setiap hari kadang kala boleh menyebabkan produktiviti menurun. Apa tidak nya sekiranya kita masih boleh melayari nya dengan menggunakan iPhone.
  2. Kurang berinteraksi dalam alam sebenar kerana keasyikan dalam alam maya.
  3. Menceritakan perihal peribadi dalam Facebook boleh menyebabkan hilang nya kredibiliti kita secara profesional.
  4. Membazir masa membaca komen, jawapan balas, foto dan sebagainya. Kadangkala ini berlaku ketika kita bersama keluarga dalam cuti, waktu berjalan2, waktu makan dan lain lain. Kita perlu meluangkan masa bersama keluarga.
  5. Aku telah membuka Akaun Twitter di mana aku rasakan ia lebih memberi bermanafaat dalam mendapatkan maklumat terkini dan tip2 yang berguna. Twitter adalah sumber maklumat yang amat berbeza berbanding dengan Facebook. Ini akan di ceritakan kemudian.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...