Wednesday, March 09, 2011

5 SEBAB - Kenapa Kesesakan Trafik di Jalan Raya Kuala Lumpur Tidak Boleh Di Selesaikan

Adalah malang apabila kerajaan bersungguh2 untuk melaksanakan beberapa agenda untuk melebarjalurkan Malaysia (Broadband Internet). Kita mungkin boleh berbangga dengan pencapaian lebih 50% lebar jalur tetapi lihatlah keadaan sebenar trafik di jalan raya KL...!
Setiap hari warga KL akan sentiasa mengharungi kesesakan yang semakin bertambah di Kuala Lumpur. Ini dah tentu membuang masa dan mengurangkan produktiviti kita. Ia turut menjadi salah satu sebab kita tidak dapat “quality time” (masa kualiti) bersama keluarga. Apa tidak nya apabila setiap hari kita keluar sebelum pukul 7.00 pagi dan balik selepas 7 malam. Bila masa kita boleh berehat dirumah bersama keluarga kita? Apa yang merungsingkan ialah apabila kesesakan ini tidak berkurangan... Malahan lebih teruk lagi apabila ada kemalangan atau hujan lebat.

288789-2011-03-9-07-22.jpg

Berikut adalah sebab2 kenapa kesesakan melampau ini tidak boleh di atasi.

  1. Peningkatan jumlah kereta di atas jalan raya. Seolah2 menunjukkan warga KL mampu membeli kereta! Lihat lah keadaan sekarang dimana seisi rumah mempunyai paling kurang 2 buah kereta.

  2. Warga KL tidak mahu “car pool” tetapi memandu secara sendirian.

  3. LRT/MRT/KTM atau pengangkutan am yang tidak mencukupi. Ini ditambah dengan keadaan trafik yang sesak menyebabkan waktu perjalanan tidak boleh di tepati. Satu sebab mengapa warga KL bimbang untuk menaiki bas.

  4. Pembinaan jalan raya yang baru tidak sistematik. Kadangkala jalan yang sama akan di korek beberapa kali oleh pihak berkenaan (TM, Air, TNB dll). Dan setiap kali dikorek, ia akan memakan laluan yang besar sehingga jalan yang besar menjadi sempit.

  5. Pembinaan tapak kawasan rumah baru yang semakin menjadi-jadi dalam kawasan KL. Ini menambahkan lagi penduduk di dalam KL.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...